Monday 7 March 2016

3.2 HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT

Umum diketahui, masyarakat Melayu dulu beragama Hindu dan mengamalkan adat tertentu. Dalam situasi ini, mana-mana adat diamalkan sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, ia diteruskan sebagai satu adat yang diterima.  Sebagai contohnya, adat bersanding dan menepung tawar pengantin. 

Manakala, mana-mana adat yang bercanggah dengan syariat ditolak seperti adat mempercayai tenung nasib yang ditegah syarak.  Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 90 bermaksud: “Wahai orang beriman!  Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram), dan ia dari perbuatan syaitan.”
Manakala ada adat dipinda atau perbaiki agar selari dengan matlamatnya. Contohnya, kebiasannya pengantin perempuan mendedahkan aurat ketika bersanding.  Namun, kini atas kesedaran agama, kebanyakan pengantin wanita bersanding dalam keadaan menutup aurat.

Mana-mana adat yang sahih wajib diberi perhatian dalam perundangan dan kehakiman dalam proses menentukan hukum.  Hakim juga perlu mengambil kira adat dalam menentukan keputusan penghakiman.  Ini kerana sesuatu adat telah menjadi sebahagian keperluan dan kepentingan masyarakat.

Adat berdoa diketuai imam diamalkan masyarakat Melayu ada keperluannya. Biasanya jika doa tidak diketuai imam, maka tidaklah banyak orang melakukannya. Jadi, untuk membiasakan amalan berdoa, maka adatnya ia diketuai oleh seeorang.

Manakala adat batal mesti ditolak. Contohnya adat mandi tolak bala pada bulan Safar. Amalan itu tidak termasuk bab darurat atau maslahat untuk terus mengharuskannya.  Masyarakat tidak pincang jika adat itu tidak diteruskan. Ataupun adat menangguhkan pengembumian jenazah kerana perlu diadakan bedah siasat dikira sebahagian daripada darurat yang mengharuskan perkara dilarang.



No comments:

Post a Comment