Wednesday 23 March 2016

Rujukan

• http://bicaramentari.blogspot.my/2014/04/hukum-amal-al-adah-uruf-tolak-haram • http://shohifu.blogspot.my/2014/02/adat-kebiasaan-dapat-dijadikan-hukum.html • http://usulfiqh2.blogspot.my/2009/04/tajuk-urf.html • DUA 2012 Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam

Monday 7 March 2016

NAMA AHLI


JABATAN KOMUNIKASI:

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

SESI

DISEMBER 2015

KOD KURSUS

DUA 2012


NAMA KURSUS


SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


TAJUK


ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

NAMA PENSYARAH

USTAZAH SURAINI BINTI RIPIN

KELAS

DIS 2B

NAMA PELAJAR 1

MEOR MUHAMMAD ARIF BIN MARZUKI

NO. PENDAFTARAN

25DIS15FI064

NAMA PELAJAR 2

ATHIF AUZAIE BIN SAMSURRIJAL

NO. PENDAFTARAN

25DIS15F1078

NAMA PELAJAR 3

MUHAMMAD AMIR DANISH BIN NAZARUDDIN

NO. PENDAFTARAN

25DIS15F1028

ISI KANDUNGAN


BIL.

PERKARA

1

PENGHARGAAN

2


PENDAHULUAN

     3

ADAT DIJADIKAN SEBAGAI RUJUKAN HUKUM

3.1

SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT

3.2

HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT
     3.3
ADAT TERBAHAGI KEPADA EMPAT BAHAGIAN UTAMA

4

KESIMPULAN

5

RUJUKAN

1. PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat Allah, Tuhan seru sekalian alam dengan keizinannya dapat kami selesaikan blog ini yang bertajuk “Adat dijadikan sebagai rujukan hukum" dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW kerana berkat usaha Baginda, dapat kita hidup dengan nikmat iman dan Islam yang agung ini.
  Dengan itu, jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Ustazah Suraini Binti Ripin dalam subjek DUA 2012 SAINS, TEKNOLOGI & KEJURUTERAAN DALAM ISLAM kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami dalam menjayakan proses penghasilan blog ini. Tidak lupa juga kepada ibu bapa serta rakan-rakan sekumpulan yang sentiasa memberi dorongan dan motivasi untuk terus berusaha mencapai cita-cita dalam menjayakan kerja kursus ini.
  Dengan ini, kami telah bersepakat untuk memilih tajuk ini berikutan menariknya tentang adat yang dapat dijadikan sebagai rujukan hukum dalam kalangan masyarakat. Dengan ini, kami sekumpulan mempersembahkan hasil kerja kami berkaitan tajuk adat ini bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat tentang syariat adat serta contoh-contohnya. Semoga berkat hasil kerja kami ini, dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat manusia untuk menguatkan lagi keimanannya ke atas Islam.
  Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan serta pensyarah-pensyarah yang banyak membimbing kami sepanjang pengajian di Politeknik Mersing atas segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan. Mana yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan mana yang buruk itu datangnya dari kesilapan kami sendiri. Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan teguran yang membina amat kami alu-alukan. Semoga Allah sentiasa meredhai usaha kita semua hendaknya, Amin.




2. PENDAHULUAN

Dalam bahasa arab terdapat dua istilah berkenaan dengan kebiasaan iaitu adat dan uruf. Adat membawa erti perbuatan atau amalan yang diulang-ulang yang menjadi budaya dan kebiasaan yang dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Manakala uruf pula bermaksud sesuatu perkara yang telah diketahui oleh individu atau masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan dan menjadi kebiasaan mereka mematuhinya sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan.  Uruf juga berkaitan perkara-perkara yang mereka tidak lakukan kerana kefahamannya mengenainya. Biarpun definisi adat dan uruf nampak berbeza, namun kebanyakan ulama meletakkan ia sebagai satu perkara sama.

Para ulama sepakat menjadikan adat sebagai salah satu asas menentukan hukum. Penerimaan kaedah ini antara lain berdalil dengan firman Allah SWT yang bermaksud: "Terimalah yang mudah dilakukan dan suruhlah dengan perkara yang baik." (Surah al-Araf, ayat 199). Ayat itu dapat difahami yang mana perkara baik yang sudah diterima dan diamalkan dalam sesuatu masyarakat hendaklah diteruskan, sesuai dengan matlamat Islam yang berlandaskan kepada kebaikan. Islam itu mudah dan memberikan kemudahan kepada setiap umatnya.   

Turut dijadikan hujah berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apa-apa yang didapati dan yang dilihat oleh orang-orang Islam sebagai sesuatu yang baik, maka ia juga baik di sisi Allah.". Walaupun begitu, mengikut tafsir hadis tersebut, ulama menjelaskan bukan mutlak kepada semua adat. Sesuatu adat berdasarkan kepada hawa nafsu semata-mata haruslah ditolak.  Banyak adat berasaskan kepada hawa nafsu yang boleh kita lihat seperti perempuan mendedahkan aurat tidak boleh diterima sebagai adat yang boleh dijadikan asas mengharuskan perbuatan itu.  Mendedahkan aurat adalah satu perkara yang sangat ditegah. 

Walaupun adat diterima sebagai rujukan hukum, ia tidak berasingan dengan sumber hukum asal yakni hukum yang bersumberkan daripada Allah SWT. Penerimaan adat sebagai sumber hukum dianggap satu rahmat daripada Allah SWT, yang menjadikan adat itu selari dengan hukum asal. Dengan kata lain, penerimaan adat itu sendiri bersandarkan kepada kaedah hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.


3.1 SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT

Dalam mejadikan adat sebagai rujukan hukum, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi yang tidak melanggar apa-apa hukum syarak. Dengan itu, adat dapat diselarikan dengan zaman yang semakin maju berkembang ini dalam kalangan masyarakat sekaligus tidak melanggar mana-mana hukum syarak.

Syarat yang pertama adalah adat itu mestilah tidak berlawan dengan nas dan syarak. Contohnya seperti adat membuat urusniaga diatas talian. Adat ini telah berkembang selari dengan kewujudan internet yang semakin berkembang di zaman ini.  Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urusniaga. Tidak dinafikan kaedah ini asal bertentangan nas syarak, yakni tidak boleh berurus niaga dengan benda yang tidak ada dihadapan mata tetapi ulama telah menerimanya atas kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan biasa dalam masyarakat, oleh itu ia tidak berlawanan dengan semua aspek hukum. Namun begitu, sesuatu perniagaan yang bertentangan dengan hukum dan syarak seperti perniagaan yang berlandaskan riba adalah haram sama sekali seperti yang telah Allah firman didalam Al-quran.


Yang kedua pula adalah adat yang diterima harus itu hendaklah diamalkan oleh individu dalam masyarakat secara menyeluruh dan meluas. Bahkan, jika ada yang tidak mengamalkannya, jumlahnya amat sedikit. Contoh amalan ini ialah adat menunaikan solat Tarawih yang diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada hakikatnya, solat Tarawih tidak semestinya diadakan secara berjamaah. Bahkan sebenarnya, elok ditunaikan di rumah secara berseorangan atau bersama ahli keluarga. Di Malaysia ini, apabila disebut saja solat Tarawih mesti dilakukan secara beramai-ramai di surau ataupun masjid dan yang tidak melakukannya dianggap tidak membuat Tarawih bahkan dia membuatnya di rumah. Begitulah gambaran besarnya pengaruh adat dalam masyarakat.

3.2 HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT

Umum diketahui, masyarakat Melayu dulu beragama Hindu dan mengamalkan adat tertentu. Dalam situasi ini, mana-mana adat diamalkan sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, ia diteruskan sebagai satu adat yang diterima.  Sebagai contohnya, adat bersanding dan menepung tawar pengantin. 

Manakala, mana-mana adat yang bercanggah dengan syariat ditolak seperti adat mempercayai tenung nasib yang ditegah syarak.  Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 90 bermaksud: “Wahai orang beriman!  Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram), dan ia dari perbuatan syaitan.”
Manakala ada adat dipinda atau perbaiki agar selari dengan matlamatnya. Contohnya, kebiasannya pengantin perempuan mendedahkan aurat ketika bersanding.  Namun, kini atas kesedaran agama, kebanyakan pengantin wanita bersanding dalam keadaan menutup aurat.

Mana-mana adat yang sahih wajib diberi perhatian dalam perundangan dan kehakiman dalam proses menentukan hukum.  Hakim juga perlu mengambil kira adat dalam menentukan keputusan penghakiman.  Ini kerana sesuatu adat telah menjadi sebahagian keperluan dan kepentingan masyarakat.

Adat berdoa diketuai imam diamalkan masyarakat Melayu ada keperluannya. Biasanya jika doa tidak diketuai imam, maka tidaklah banyak orang melakukannya. Jadi, untuk membiasakan amalan berdoa, maka adatnya ia diketuai oleh seeorang.

Manakala adat batal mesti ditolak. Contohnya adat mandi tolak bala pada bulan Safar. Amalan itu tidak termasuk bab darurat atau maslahat untuk terus mengharuskannya.  Masyarakat tidak pincang jika adat itu tidak diteruskan. Ataupun adat menangguhkan pengembumian jenazah kerana perlu diadakan bedah siasat dikira sebahagian daripada darurat yang mengharuskan perkara dilarang.



3.3 ADAT TERBAHAGI KEPADA EMPAT BAHAGIAN UTAMA



Oval: ADAT AM

4. KESIMPULAN

Adat dan uruf mengikut difinisi bahasa adalah berbeza, namun secara amalan adalah perkara yang sama. Setiap masyarakat mempunyai adat yang tesendiri  yang menjadi identiti ataupun kebanggaan masing-masing. Sesuatu adat  sebati dalam masyarakat berkenaan dan diterima sebagai perkara yang benar.

Dalam memberi kemudahan dan tidak wujud pertentangan dengan kehendak adat dan agama, maka Islam menerima adat sebagai salah satu sumber hukum fiqah. Namun, penerimaan itu melalui proses yang ketat yang antara lain adat itu semestinya tidak bertentangan dengan nas yang jelas. Ia dapat diterima umum dalam kalangan masyarakat dan perkara itu telah lama berlaku sebelum ia diputuskan sebagai sumber hukum dan perkara itu terus berlaku.

Penerimaan adat sebagai sumber hukum bukan bererti manusia boleh menentukan sendiri hukum agama. Hakikat sebenar sumber hukum utama adalah daripada Allah SWT dengan syarat-syarat tertentu. Kebenaran menggunakan adat sendiri adalah tetap berdasarkan kepada sumber hukum sebenar. Adat hanya menjadi cabang yang tumbuh daripada pokok hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Justeru, tidak benar jika ada pihak mendakwa hukum boleh berubah mengikut kepentingan pihak tertentu. Sebarang perubahan atau penetapan hukum mesti dilakukan oleh keputusan bersama-sama dengan ulama, dan bukannya ikut suka sendiri ingin menentukan hukum adat itu tanpa perbincangan para ulama dan syarak.

Penerimaan adat sebagai sumber hukum adalah rahmat besar bagi umat Islam. Seperti yang diketahui, kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan perubahan kemajuan zaman.  Banyak perkara baru yang perlu ditentukan hukum untuk kepentingan umat Islam supaya terus hidup berpandukan kepada hukum yang betul. 


Kes berkaitan muamalat, penggunaan teknologi terkini dan sebagainya perlu mendapat ketentuan hukum, yang antara lain kemelut ini diselesikan melalui kaedah adat. Bagaimana hendak ditentukan hukum bermuamalat mengguna kad kredit, urusan atas talian dan sebagainya jika kaedah hukum adat digunapakai.

Sekiranya, kaedah adat tidak digunapakai, sudah tentu banyak keperluan manusia hari ini tidak dapat dipastikan hukumnya, sedangkan Islam adalah agama yang sesuai sepanjang zaman, tanpa had geografi dan memberi manfaatkan kepada seluruh alam.


Sesungguhnya, setiap hukum yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh setiap umat Islam adalah mudah, namun tidap pula boleh dipermudahkan mengikut sesuka hati. Sumber hukum tetap berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.